Tuesday, December 15, 2009

DIET














** MAKAN TETAPI KEKAL LANGSING**


** Makan dengan kerap.
** Amalkan makanan rendah kalori dan rendah lemak
**Utamakan protien dalam setiap hidnagan makanan
** Waktu terbaik untuk minum air ialah pagi selepas bangun tidur, 30 minit sebelum waktu makan juga sepanjang hari.


**SEKILAS DIET **

* Tambah Herba Rosemary ketika berbeku daging, ayam atau ikan.Antioksidanya membantu mencegah sebatian kenser yang terbentuk ketika daging dibakar.

*Kajian Pennsylvania State university mendapati sup sayuran lebih baik untuk mengurangkan berat badan berbanding snek rendah lemak. Tukar diet anda!

* Untuk menurunkan berat badan, sarapan harus mengandungi 500 kalori dengan 55 ke 60 peratus karbohidrat, 15 peratus protien dan 30 peratus lemak.

*Kajian menunjukkan bahawa wanita obse yang mengambil 600 kalori ketika sarapan berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg dalam tempoh 8 bulan.

* Makanan dengan rasa yang lazat dapat mempengaruhi seseorang merasa lebih cepat kenyang walau hanya makan sedikit. Kalori yang masuk juga sedikit.

*Proses percernaan perlkan sejam untuk mencerna makanan, Kurangkan saiz makan malam jika anda tidak bercadang melakukan apa-apa aktivito sesudahnya.



***TAHUKAH ANDA***

Hapuskan LEMAK Dengan YOGURT



Adakah anda penggemar YOGURT? Jika anda sedang menjalani program diet, bolehlah menambah yogurt sebagai makanan rendah kalori. Manafaatnya dapat membantu menghilangkan lemak di bahagian perut seterusnya dapat menurunkan berat badan. Selain itu, yogurt juga dapat membantu menjaga berat badan otot dua kali ganda lebih efektif. produk tenusu mengandungi kalsium yang dapat melambatkan proses terbentuknya lemak tubuh.





Senaman Kesukaan Wanita.



Tahukah anda, bahawa berjalan-jalan di pusat membeli-belah boleh membantu anda menurunkan berat badan kerana berjalan kaki merupakan antara senaman yang baik bagi mereka yang tiada masa untuk bersenam. sebelum pulang ke rumah, luangkan sedikit masa lagi untuk berjalan disekeliling pusat membelih belah sebanyak satu pusingan.





**TIP DIET SIHAT & MUDAH**

Jangan anda menyiksakan diri untuk mendapatkan badan yang langsing kerana kunci utama untuk anda tampil menarik ialahdengan mengamalkan pola pemakanan yang sihat dan betul.


MULAKAN SARAPAN DENGAN YOGURT
Dengan pengambilan yogurt rendah lemak ketika bersarapan membantu menghilangkan lemak pada perut dan mengawal perut buncit.

KURANGKAN GARAM.
Pengambilan garam yang banyak dalam diet akan menyebabkan pertambahan sodium dalam badan. Keadaan ini membuat perut anda terasa penuh dan mula mengembang ke hadapan.

MINUM AIR
Apabila anda merasa perut anda kembung dipenuhi air akibat penyimpanan air yang berlebihan, anda boleh kurangkan dengan minum air yang banyak. bukan sahaja melancarkan jumlah air yang keluar dari tubuh tetapi dapat mengaktifkan fungsi hempedu dalam mengeluarkan bendasing dalam badan.

AMBIL SERAT YANG TEPAT...
Buah epal atau pir mengandungi air yang banyak dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air dan mengelakkan berlakunya pengembungan perut.

MAKAN SECARA PERLAHAN..
Kunyah makanan anda dengan perlahan dan telan makanan apabila betul-betul hancur..

PILIH KARBOHIDRAT KOMPLEKS..
Salah satu prinsip penting dalam berdiet ialah memilih karbohidrat kompleks seperti nasi beras merah, roti gandum, pasta, bijirin, ubi,pisang dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment

Daisypath Anniversary tickers